Technical (Bas Pelancong)/ Junior Bus Technician

  • Kuala Lumpur, Malaysia
  • RM1,700-RM2,000 (Bergantung Kelayakan & Pengalaman)
  • Full-time

Job Description

  • Work Location / City:
    Kuala Lumpur
  • Job Title:
    Technical (Bas Pelancong)/ Junior Bus Technician
  • Salary:
    RM1,700-RM2,000 (Bergantung Kelayakan & Pengalaman)
  • Gender:
    Male

Job Description

Syif Bekerja • Syif Pagi (AM): 7:30 pagi – 4:30 petang • Syif Petang (PM): 3:30 petang – 12:30 tengah malam Lokasi Kerja 📍 Sentul Pasar, Sentul Jantina • Terbuka kepada calon lelaki Pendapatan • Gaji Asas: RM1,700 – RM2,000 • Dengan OT, Elaun & Elaun Hari Cuti: Sehingga RM4,500 Faedah • EPF, SOCSO & EIS • Faedah Perubatan • Cuti Tahunan & Cuti Sakit • Uniform Disediakan • Latihan Disediakan Tugas & Tanggungjawab • Melaksanakan pemeriksaan harian, mingguan dan berkala ke atas bas termasuk enjin, sistem brek, suspensi, sistem elektrik, serta peralatan keselamatan. • Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan asas (contoh: tukar mentol, tambah minyak enjin, pemeriksaan tayar & bateri). • Membantu dalam mengenal pasti kerosakan mekanikal, elektrik dan teknikal serta merujuk masalah besar kepada jabatan Operasi dan Teknikal. • Memastikan semua penyelenggaraan dijalankan mengikut piawaian JPJ, PUSPAKOM, DOSH, dan standard syarikat. • Menyediakan rekod servis, senarai semak pemeriksaan & laporan kerosakan dengan tepat. • Membantu jabatan Operasi dan Teknikal dalam penyelarasan jadual servis kenderaan, pemeriksaan PUSPAKOM & pembaharuan cukai jalan. • Memantau kebersihan bas, ciri keselamatan (alat pemadam api, peti kecemasan) dan pematuhan SOP keselamatan syarikat. • Memberi bantuan teknikal semasa berlaku kerosakan atau kecemasan di jalan raya. • Memastikan peralatan & kemudahan penyelenggaraan digunakan dengan baik serta mematuhi peraturan keselamatan. • Melaksanakan apa-apa tugas teknikal lain yang diarahkan oleh Jabatan Operasi & Teknikal. • Mahir menggunakan sistem/aplikasi berkaitan untuk menyokong tugasan harian. • Bertanggungjawab memantau kualiti serta memastikan kerja yang ditugaskan disiapkan dengan baik. • Melaporkan terus kepada penyelia terdekat mengenai perkembangan kerja, isu & status semasa. Kelayakan Minumum • Sijil/Diploma dalam bidang Automotif/Kejuruteraan Mekanikal atau kelayakan setara (pengalaman boleh menggantikan kelayakan). • Berpengalaman dalam penyelenggaraan, pemeriksaan atau operasi bengkel, diutamakan yang biasa mengendalikan kenderaan berat/bas. • Pengetahuan asas sistem hidraulik, pneumatik, elektrik dan mekanikal. • Mampu mendiagnos serta mengesan potensi kerosakan sebelum menjadi isu besar. • Lesen memandu sah (kelas D/E/PSV/GDL adalah satu kelebihan). • Teliti, mengutamakan keselamatan dan menepati piawaian kerja. • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta mampu bekerja dalam pasukan. • Berpengalaman dengan bas berjenama MAN, Volvo, Scania dan seumpamanya adalah suatu kelebihan. • Boleh bekerja dibawah tekanan, berintegriti tinggi, bertanggungjawab dan berdisiplin. • Bersedia untuk bekerja mengikut syif (shift hours) yang telah ditetapkan. • Bersedia untuk bekerja pada hujung minggu (weekend) dan cuti umum (public holiday) apabila diperlukan. • Mampu memberikan komitmen kerja mengikut jadual operasi syarikat.